LPKmn

Lain – Lain

Penafian:

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. ​Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam English dan Bahasa Melayu.​​​

 

  • Chinese (Simplified)
  • Tamil

Lembaga Pelabuhan Kemaman tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Data Terbuka

Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. MOT dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.​​

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :​ pdf flatTerma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0​

 

Permohonan Maklumat Di Lembaga Pelabuhan Kemaman​

​Sekiranya anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Lembaga Pelabuhan Kemaman yang tidak terdapat dalam portal ini, sila kemukakan permohonan anda secara rasmi ke alamat atau emel khas yang telah disediakan:

Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn),
Telok Kalong, Peti Surat 66
24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman,
Malaysia.
Tel: +609-585 8000
Faks: +609-583 3866
Emel: lpktn[at]lpktn[dot]gov[dot]my ​

 

**Penafian – Permohonan sebarang maklumat dan data yang dipohon masih lagi bergantung kepada keputusan Jabatan ini. Semua permohonan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

 

Polisi e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn). LPKtn sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Kementerian untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook dan Twitter.

Oleh yang demikian, LPKmn amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. ​Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Umum

1. Apakah perbezaan antara Lembaga Pelabuhan Kuantan dan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd?

Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertindak sebagai Badan Kawal Selia dan Fasilitator untuk Pelabuhan Kuantan. Manakala Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. merupakan pengendali pelabuhan yang dilesenkan untuk melaksanakan operasi di Pelabuhan Kuantan

2. Apakah waktu bekerja di Lembaga Pelabuhan Kuantan?

Waktu bekerja adalah mengikut Waktu Bekerja Berperingkat mengikuti Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 2007 iaitu seperti berikut :

WP 1 – 7.30 pagi hingga 4.30 petang
WP 2 – 8.00 pagi hingga 5.00 petang
WP 3 – 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Namun waktu urusan yang melibatkan Permohonan Kargo Bahaya dan Pemakluman Keselamatan Kapal adalah 24 jam.

3. Bagaimana cara untuk saya hubungi Lembaga Pelabuhan Kuantan?

LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN (LPKtn)
Tanjung Gelang, Peti Surat 161,
25720 Kuantan,
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Emel: info[at]lpktn[dot]gov[dot]my
Tel: 09-5858000
Fax: 09-5833866

Atau mengisi borang maklum balas yang terdapat di laman web Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Skip to content