24 Jun 2024, Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn) telah menerima kunjungan rasmi daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yang disambut oleh Encik Mohd Idi Amin Bin Salleh, Pengurus Kanan (Korporat dan Pembangunan). Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) terdiri daripada 30 orang anggota pekerja daripada unit korporat, marin dan lain-lain unit. Deligasi diketuai oleh Encik Hazrik Bin Kamaruzaman, Pegawai Khidmat Korporat.
Antara tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan pandangan mengenai pembangunan dan operasi pelabuhan khususnya termasuk perancangan masa depan. Deligasi juga dibawa menaiki tugboat mengelilingi Pelabuhan Kemaman melihat kemudahan dan infrastruktur Pelabuhan Kemaman.