Misi & Fungsi


MISI

“Menjadi sebuah pelabuhan industri bertaraf antarabangsa agar ianya dapat menampung keperluan-keperluan pembangunan industri berat, petroleum dan gas di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan memberi perkhidmatan maritim yang cekap dan bermutu.”

FUNGSI

Lembaga Pelabuhan Kemaman menjalankan tugas menurut kuasa yang diperturunkan melalui Akta Lembaga Pelabuhan, 1963, Akta Badan Berkanun 1980 dan Akta Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan) 1990, seperti berikut:

1. FASILITASI PERDAGANGAN
     •     Pajakan
     •     Pemasaran


2. KAWALSELIA DAN PERANCANGAN
     •     Kawalan    pembangunan    dan    perancangan
     •     Kawalselia    operasi    operator    pelabuhan
     •     Pengeluaran    lesen    operasi    pelabuhan    dan    pemaliman
     •     Kawalselia    keselamatan    perairan    dan    laluan    masuk
     •     Kawalselia    keselamatan    kawasan    pelabuhan.