Kemudahan Dermaga





Pelabuhan Kemaman mempunyai lima buah terminal, iaitu Dermaga Timur, Pangkalan Bekalan Kemaman, Terminal Eksport LPG, Dermaga Kimia Cecair dan Dermaga Barat. Terminal-terminal ini dilindungi oleh pemecah ombak di sebelah Timur sepanjang 525 meter dan di sebelah Selatan sepanjang 1,525 meter. Kedalaman air di dalam basin ialah 17.0 meter dan mampu menampung kapal sehingga 150,000 DWT.

Dermaga Timur adalah dermaga utama Pelabuhan Kemaman. Panjangnya ialah 648 meter dengan keluasan kawasan darat tersedia 10.46 hektar.Dermaga Kimia Cecair merupakan terminal yang
mempunyai kelengkapan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri petrokimia di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dermaga sepanjang 320 meter ini mampu menampung kapal
sehingga 150,000 DWT dengan benaman maksimum 16.4 meter.

Pangkalan Bekalan Kemaman merupakan terminal yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada industry petroleum dan gas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Panjang dermaga ialah 360 meter dengan benaman maksimum 8 meter. Pengurusan dan operasi daratnya ditadbir oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. Terminal Eksport LPG diuruskan oleh Petronas bagi mengendalikan gas petroleum cecair. Terminal ini panjangnya 320 meter dengan benaman 13.0 meter dan lengkap dengan lima loading arm yang berupaya mengendali sehingga 1,000 tan gas sejam. Tangki simpanan gas yang boleh menampung 110,000 meter padu pada satu-satu masa juga tersedia.Dermaga Barat adalah sepanjang 510 meter dan mempunyai kemampuan untuk menampung kapal sehingga 150,000 DWT dan benaman 16.4 meter. Ianya diuruskan oleh Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC).

Muat turun iklan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Kemaman
Muat turun Borang permohonan jawatan