Pelabuhan Kemaman terletak di lokasi strategik di Tanjung Sulong (latitud 04˚ 15 '00 "N, longitud 103˚ 28' 00" E) kira-kira 75km dari Kuantan, Pahang, 90km dari Lapangan Terbang Kuantan dan 40 km dari Lapangan Terbang Kertih, Terengganu.

Pelabuhan Kemaman terletak  di tengah-tengah zon pembangunan industri minyak dan gas di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur  (ECER) serta mendapat manfaat daripada pertumbuhan pesat industri petrokimia di sekitar Kertih. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur juga dapat meningkatkan akses kepada pelabuhan.